Friday, May 20, 2011

Belajar, Cuti dan Rumah

Cuti datang lagi, dan bakal pergi dalam seminggu ni
Kalau dihitung-hitung, sudah 2 tahun menuntut di UM, 4 semester secara rasmi, atau 5 semester dan bakal jadi 6 semester secara tidak rasmi
Bercerita tentang penat memang tak akan sudah, tapi itulah manusia, merungutnya tak pernah habis
Kalau mengikut perkiraan, dalam 4 tahun dalam pengajian sarjana muda ini, tidak akan ada satu pun cuti hujung semester selama 3 bulan yang akan dirasa
Cuti yang lalu di isi dengan membuat semester khas
Cuti semester ini juga, tapi ralatnya kurang sebab masih ada sebulan untuk bercuti
Cuti semester depan, entah di mana letaknya
Dan kemudian bakal tamatlah pengajian sarjana muda, insyaAllah.
Seloroh Kak Nik, baik juga jadi pelajar perubatan, bakal bergelar Doktor, tapi penatnya sama sahaja yang aku lalui sekarang
Tapi, bak petikan Contengan Jalanan - Buat apa yang kita suka. Tak kisahlah jadi doktor mahupun jurutera, bukan?

Walaubagaimanapun, cuti seminggu kali ini membuatkan aku sedikit tak keruan
Siapa sangka aku tiba-tiba tidak betah bercuti lama-lama
Kalau di KL, langkah aku panjang, LRT, KTM, ERL itu semuanya jajahan aku
Tapi pulang ke rumah buat aku jadi kudung
Nak memandu ke mana-mana; takut
Nak naik bas, heran pula jadinya, kancil ada tersadai, tapi CityLiner pula pilihan hati
Seminggu begini, puas juga. Nak dibuat marathon drama, agak tidak senonoh
Cerita TV pula banyak mana sangatlah

Tapi, kudung tak kudung, penat tak penat mana mungkin semua ini bisa mengalahkan hidup tenang dirumah
Makan tengah hari nya disiapkan
Minum petang pula sentiasa terhidang
Makan malam berjemaah;bertukar cerita
Mama, Wae
 
Ya lah, semenjak kenal rumah sewa dan gemar "tersadai" di hari minggu
Kadang-kadang pulang ke rumah jadi tak keruan
Tapi gembira di hati memang segunung
Bahagia di rumah memang berbukit

Mungkin sebab inilah telah ditakdirkan aku tidak mengenal erti cuti semester 3 bulan
HE knows best =)

p/s: kalau sudah ditupkan angin maka sejuklah badan. Tapi ketahuilah angin bertiup bukan sepanjang zaman. Savour the moment!



No comments: