Bulan Ramadhan tiba lagi. Iklan rancangan memasak dah penuh di TV. Dan semua status kat FB pon dah memaparkan tazkirah. Alhamdulillah.
At least, dapat juga ilmu sambil "scan" news feed.
Al-kisahnya, semalam sampailah juga saya di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.
Lokasi : Putrajaya
Indah, Besar..Masha Allah...lawa.
Tapi sayangnya saya lupa membawa cermin mata.
Oleh itu, setakat itu sahajalah deskripsi yang dapat diberikan.
Dari pintu masuk sehingga ke praying hall, ramai sungguh kanak-kanak yang sedang lari-lari aci kejar bersama kawan-kawan mereka, berpakaian baju melayu pelbagai warna, sebanyak pelangi sudah.
Kenapa ibu bapa suka bawa anak-anak mereka ke masjid? Terutama di bulan Ramadhan?
Supaya masjid dekat di hati mereka.
Teringat kisah saya kecik-kecik
Mama ada banyak aktiviti "ore ngajar". Sekarang pon begitu. Masa kecik-kecik, saya suka sangat mengekori Mama ke surau/masjid. Eh, mestilah tak dengar ceramah, tapi suka sangat main kat masjid. Kalau di Masjid Wakaf Bharu, ada water cooler. Saya dan adik kecik saya mesti sangat excited minum air bersuhu peti di perkarangan masjid. HAHA
Pastu, tempat wudhu wanita ada satu bangku untuk amik wudhu. Gila excited duduk kat situ masa kecik-kecik. Kenapa? Tidak dapat ku fahami setelah dewasa.
Kalau di surau yang lagi satu pulak, setiap minggu mesti ada "pot luck". Dan orang paling tak malu untuk makan semua kuih-muih mestilah aku, atas tiket budak kecik.
Dan, bila musim terawih, gile malas. sembahyang witir mesti serakaat je. Waktu imam sembahyang witir yang 2 rakaat mesti duduk je atas sejadah. Dan andai kata kalau ada kakak yang pulang sebelum wirid, mestilah saya ikut. Menunggu-nunggu masa untuk pulang. lol
Balik masjid, singgah beli moreh, Kadang-kadang sampai ke kedai runcit dengan telekung, beli aiskrim. Kadang-kadang je.
Pastu, ingat masa dulu dulu.Ada cerita Mighty Duck tayang di TV, gile cepat lari-lari balik rumah.Masa tayang Cave Of Golden Horses juga.
haha, memanglah, waktu itu tak faham dan tak tahu fadhilat terawih.
Tapi atas dasar selalu diheret ke masjid lah semenjak dewasa pon ingin ke sana juga.
Sebab dah biasa, Ramadhan je menjejak masjid/surau.
"Dulu, masa kecik-kecik mak selalu bawak pot pet pot pet pot pet..."
Jadi, biarlah kanak-kanak comel/comot yang menarik-narik telekung anda sewaktu sembahyang.Anggaplah ia tarbiah buat mereka, dan doakan mereka menjadi anak soleh solehah di masa hadapan.
tee hee
1 comment:
solat witir satu rakaat plus, tanya setiap solat dua rakaat 'ni dah yang tak pe kalau tak solat dah ke?' so that tak solat witir dua rakaat
Post a Comment