Sunday, August 22, 2010

subjectophobia

wujudkah, saya juga tidak tahu
tapi kalau wujud, maka itulah salah satu fobia saya

pernahkah anda
teramat sangat tidak suka akan sesuatu subjek?
kalau ada kelas subjek tersebut anda akan resah bermula 24jam sebelumnya
dan mulalah demam labi-labi supaya boleh memonteng
atau keluar rumah lambat dengan sengajanya meninggalkan bas dan datang lambat ke sekolah, lalu didenda, lalu tidak sempat memasuki kelas tersebut
tidak senang duduk, dan berpeluh-peluh sepanjang kelas berlansung
tulisan di dalam buku subjek tersebut dilihat sudah seperti tulisan sanskrit

errrr..extreme kah?
tapi saya sering mengalaminya
because I'm no genius, and I'm not an all-rounder who good at all subjects
I always have my favourites
and worst of it, I have my phobias
during elementary school- Science subject
tapi tidaklah sedasyat sekarang. Setiap kali cikgu suruh buat latihan, maka melekatlah saya di meja guru atau rakan-rakan bijak untuk bertanya atau lebih tepat, menyalin
Lower form at high school- B. A & Nahu
ohoi.besarnya dugaan. Akibat tidak terrrjatuh cinta dengan BA lah result PMR saya sedikit cacat. Manakala masalah dengan subjek nahu diselesaikan dengan hafalan secara rabun teruk dan seorang ustazah yang sabar :)
Form 4 & 5 -Chemistry
Inilah waktu paling dasyat. Pernah datang ke kelas tambahan lewat sejam semata-mata tidak mahu masuk kelas Kimia. Kesian cikgu saya waktu itu. Tapi Alhamdulillah, berjaya meningkatkan prestasi dengan seorang lagi guru import.
Matriculation - Maths
Inilah detiknya, Matematik menjadi musuh hidupku. Akibatnya F swaktu mid-term semester 2.adoi, dan waktu tutorial bersama cikgu rosmadi mulalah tidak senang duduk. Jikalau perlu dihantar pula, saya akan memulakan kerja sebagai mesin fotostat manual.hebatt kan?
Tahun 1, Semester 1 -thermodynamics & statics
enough said ~.~
Tahun 1, Semester 2 - Algebra, Dynamics
Memang rezeki yang Allah berikan pada saya untuk lulus. Itu sahaja yang saya boleh katakan. Apakan saya, saya seorang pelajar Fakulti Kejuruteraan, tidak dapat melarikan diri dari kekasih lama yang patahkan hati saya, Matematik. Anak beranak, memang
Tahun 2, Semester 1 - Vector, Circuit
Dalam keadaan sekarang hampir separuh boleh diletakkan di bawah kategori ini. Kerana saya seorang pelajar aliran hayat, saya kira ini adalah normal. 

Moga Allah permudahkan urusan saya dalam menuntut ilmu. InsyaAllah
Sesungguhnya, Allah melihat usaha kita.

No comments: