Saturday, August 17, 2013

Berkorban apa sahaja ?!

Pernahkah anda mendengar ayat ayat seperti...
1) Dulu masa kau kecik kecik akulah yang tukarkan lampin
2) Untunglah budak zaman sekarang, zaman aku dahulu (insert things here)
3) Ah kau, anak bongsu, manja

...dan seangkatan dengannya.

I have ten siblings. We often divide ourselves by 2. The first five and the later five. Out of ten, 6 are married. Which left four youngest and single. We called ourselves the Bujangans.

During busy times like Raya and Kenduri, most of house chores are left to us. Most, not all. Well, mothers and wives have bigger responsibilities. They have babies to feed, toddlers running around, husbands to attend and all other important jobs to do.

Maka kami yang bujang bujang lah acap kali bersengkang mata, mengemas, gantung langsir, basuh tangga, siapkan meja, hidang makanan, kemas balik meja, kemas rumah dua tiga kali sebab anak buah main kedai kopi guna polisterin yang diceraikan. Penat sebenarnya kalau nak diikutkan badan.

Tapi masihkah kau ingat...

Sebelum aku cukup besar nak buat semua kerja ni, kakak kakak (yang masih bujang waktu tu) lah yang buat semua ini. Mungkin masa tu ahli keluarga kurang sedikit, tapi itu tidak membezakan nilai bakti kami. Mereka waktu itu terpaksa berhempas pulas dengan kerja rumah dan adik adik degil seperti aku.
Maka tatkala mahu merengus dan merungut penat, ingatlah, sudah sampai waktu, tugas kini beralih ke bahu aku.

Dan sambungannnya, kalau mahu dirungutkan penat, dan diungkit pada anak anak buah.. dulu wea ha la yang (isi tempat kosong), siapa tahu pada masa depan merekalah yang akan mengambil alih tugas, membantu aku.
Dan siapa tahu masa aku tengah pantang beranak nanti kakak kakak yang 'first five' yang ambil balik tugas ni sebab waktu tu 'last five' baru nak ada nak kecik dok menangis berlagu lagu, tapi anak anak 'first five' dah besar dan umi mereka boleh meluangkan lebih banyak masa di dapur.

Jadi, kalau difikirkan... kalau lah, tak siapa patut merungut, sebab Allah Maha Adil. Kita semua tahu bahawa semua ini bagaikan kitaran. Itu waktu mereka berkorban, dan sekarang giliran aku pula. Jangan merungut sebab siapa tahu esok lusa giliran kita pula dibantu. Paling tidak pun, ganjaran paling kan di syurga kelak.

Dan tatkala rasa bengkek melihat untungnya orang zaman sekarang and start with one of the 'untunglah' series, BEHOLD. Ingat ini zaman mereka, kita punya kan dah lepas, ataupun akan datang. Jangan nak bengkek lah *flips hair*

No comments: