Saturday, June 1, 2013

It is not important

...to have similarities in friendship.

Agreed?

Rasanya selepas zaman sekolah di mana latar belakang masyrakat dan keluarga dengan rakan-rakan lebih kurang sama je, baru perasan akan hakikat ini. Zaman sekolah apa yang kawan tengok kat TV, tu lah jugak yang kita tengok. Setting rumah lebih kurang sama, sebab dok kampung sama, sekolah sama, latar masyarakat yang sama. Taraf keluarga dan ibu bapa lebih kurang sama je semua orang.

Sampailah masuk matrik. Tetibe kenai orang mana mana ntah dari mana mana ntah. Haha. Janggal untuk aku tetiba keluar kepompong. Rakan rakan dah terdiri dari mereka yang tidak lagi tinggal sekampung, tidak mempunyai latar belakang yang sama, dan ada ketikanya boleh dikatakan amat berbeza.

Masuk uni, lagi lah besar bedanya.

Tapi dah empat tahun dengan mereka mereka, aku boleh konklusikan bahawasanya persamaan adalah bukan faktor paling penting dalam persahabatan. Mungkin tidak penting lansung. Apa yang pentng adalah meraikan kelainan masing-masing dan respek kelainan itu.

kau tahu setiap kali rakan-rakan seronok berkaraoke lagu hot di radio, aku selalu terpana 'Lagu sapa ni weh'. Dan banyak movie wajib tonton rakan rakan aku adalah filem filem yang tak pernah aku tonton, ataupun yg tak mungkin aku tonton.

Haruslah antara kami ada titik persamaannya, tapi suka aku nyatakan, NYAHKAN PERBEZAAN. Keep Calm and enjoy the differences.

Ahh sudah belum sem terakhir sudah mahu tacing malkong malkong

No comments: