Thursday, December 2, 2010

Aidul Adha 1431 Report

Lebih kurang 2 minggu lepas baru pulang ke Teratak menyambut Hari Raya Haji.
Seronok tak terkata. Selain Raya Haji yang ber-daging, dapat tonton Sukan Asia di saluran 801. Untuk pertama kalinya, 303, 701, 703 dan lain-lain hanya dipandang sebelah mata. Seharian tonton Sukan Asia. Walawehh

Tiap-tiap tahun ritual sambutan Aiduladha lebih kurang je.
Rumah tak bersiap pon, takde orang datang beraya masa Raya Haji. 
Tiap-tiap pagi Raya akan bermula dengan solat sunat Aidul Adha. Dulu-dulu pergi jugak ke Masjid, tapi sekarang solat di balasoh dekat ni je.
Balik sembahyang raya, breakfast. Biasanye, simple breakfast je. Tapi tahun ni Mama buat complete-course Nasi Dagang

Kat tengah nasi dagang beras merah, sambal, telur rebus, gulai udang, gulai sotong, gulai ayam dan gulai ikan. Haha, sangat sedap.

Lepas tuh, para pembeli bahagian korban beransur ke tempat kejadian. Tahun ni, Mama dan Wea je yg berkorban. Maka yang bujang-bujang mula berlengah-lengah ke rumah Tok Wea (tempat kejadian). Last-last jam 11 pagi juga muncul anak dara pingitan bertiga. Tapi cun-cun je baru nak disembelih lembu itu. 
Seterusnya, macam biasa, yang bergelar perempuan ke dapur untuk memasak.
Menu stendet Raya Haji :
Sup daging (biasanya daging liat-liat sikit. Takpe, Fresh punye)
Daging Bakar bersama Pencicah  -  trademark Raya Haji di Rumah Tok Wea.

Maka semua womenfolk pon bertungkus lumus mengupas bawang, memotong tomato, menyiapkan perapan dan lain-lain lagi. Manakala yang jejaka melapah daging di luar.

Dialog
8: Cepat gi amik gamba lembu kene semelih
9: Tayah..tiap2 tahun pon ade
8:Lembu tahun ni ensem sket (eh yang ni sy tambah)
Last2, tepek juga kat blog gamba yang sy tak setuju ini. Haha

Gambar di atas menunjukkan Cik 7 mengambil alih tugas membuat pencicah daging bakar dari Puan 5, Cik 8 membakar daging dan saya yang menjadi assistant dan tukang rasa. haha 

Dan pulang ke rumah, ada banyak lagi daging
Setelah mengqadha tidur, petang tuh berjalanlah kami ke rumah jiran-jiran menghantar daging. Ayat mahu gempak walau ke dua buah rumah je. Sampai sekarang saya tunggu si kecik-kecik besar supaya Wea Ha boleh pencen dan boleh arah mereka jadi tukang distribute daging *sigh

Menu beberapa hari selepas hari kejadian, mestilah berasaskan daging
Menu : Singgang daging, kerabu perut bersantan, hati goreng, daging goreng, paru/pelepong dan jantung (kot) rebus/goreng, dan sayur air masakan saya!
Mengingatkan saya pada iklan Petronas : hati, jantung, limpa, paru semua ada!

Setelah 5 hari di rumah, saya pulang ke Angkasa dengan daging juga lebih dari sekilo dalam beg. Kembali menghadap buku. eh tipu, saya terus pulang ke Bangi untuk tonton Badminton. Walau malam itu saya menganis dalam hati sebab KKK+TBH kalah. 

Dah habis dah demam Raya Haji. 26 Nov hari tu Finals dah bermula. Workshop 1 dah lepas. Circuit Analysis dah lepas. Vector Analysis dah lepas. Dua subjek ni macam tetttt *kene censored. Macam jumpa lagi semester depan. Apalah nasib, jodoh kami panjang. Biomechanics juga dah lepas. Ada lagi Human System, CAD, Clinical dan MOM. adohai

Papehal.Jom berusaha

No comments: