Rindu Ramadhan tahun lepas, sebab bagi aku, itu adalah antara kitar hidup harian yang paling idealistik aku boleh rasa. Subuh, Isyak dan terawih berjemaah. Mata memang dijaga. TV pun tengok Ustaz Don, Muhasabah Diri. Semua ilmiah kecuali satu dua program yang terrrlepas LPF ;) Lagi lagi jadual sebulan yang berkisar tang kemas rumah, buat biskut, dobi toto, siapkan bilik. Maklumlah rumah 4 orang nak dihuni 34 orang. Shock maaa. Tenang dan gembira rasanya raya tahun lepas.
Tapi malanglah, tahun ni beraya sebagai pelajar praktikal UKM :( Tak dapat nak terawih sama sama dengan Mama. Tapi Alhamdulillah Ramadhan di PPUKM not bad. Pagi-pagi setakat 2 minggu ni sempat sahur. Nasi lagi. Zohor sempat berjemaah, sempat mengaji seround dua. Terawih setakat ni lancar je. Alhamdulillah. Not too bad huh Hapsah.
Dah sebulan jadi student di PPUKM. Dua perempuan dalam kalangan 11 juruteknik lelaki. Ngeri maa. Tapi dah cukup sebulan ni rasa gembira laa sampai dah mula rasa sedih sebab ada sebulan je lagi. Bila tengok buku balik, banyaknya belajar tapi lansung tak ditulis dalam logbook. Betullah, skill prosthetics kitorang tak ke mana sebab asyik buat orthotics, tapi semua itu ilmu, dan semua itu rezeki. Banyak pro & cons. Walau tak dapat elaun macam orang lain, insyaAllah kitorang dapat lebih dari tu. You never know bebehhhh...
papehal, just coret sikit kat blog kesayangan akan kehadiran diri ini di PPUKM sebagai bukti. Chewahhh.
:)
No comments:
Post a Comment