Waktu dulu-dulu, kalau pergi terawih, masa aku masih kecik secara mental dan fizikal aku selalu solat di saf belakang. Tapi dah meningkat dewasa aku upgraded berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mak cik - mak cik di saf paling depan. Dan seingat aku beberapa tahun dulu, lepas solat Isyak kan, akan ada waktu selingan lebih kurang 5 minit sebab imam, dan makmum-makmum yang baik akan solat sunat rawatib. Dan aku, waktu itu akan duduk je atas sejadah sementara jemaah kiri dan kanan aku bangun untuk solat. Kenapa aku duduk, sebab aku malas untuk solat sama.
Sampailah, Mama pada satu malam itu, cuit aku suruh bangun, solat sunaaaaat.
Dan mulai hari itu aku, memang kalau ada kesempatan (tiada kesempatan contohnya masbuk ketinggalan 3 rakaat) memang aku bangun untuk solat sunat, sebelum Mama cuit lagi =p
Kadang-kadang terdetik juga, aku ni, solat sunat sewaktu di surau sahaja. Jikalau solat fardhu berjemaah sahaja. Riakkah aku? Ikhlaskah aku?
Ini sebab kalau aku solat sendirian, di rumah, memang jarang sekali tidak pernah untuk melaksanakan solat sunat rawatib ini. Iya lah, solat yang fardu pun kadang kadang di hujung waktu. Kadang - kadang Subuh dalam keadaan separuh sedar. Terdetik juga di hati, layakkah aku untuk bersolat sunat jika solat fardhu ku tidak sesempurna mana.
Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.
Makanya, kalaulah solat fardhu itu sudah kurang sempurna, dan tiada solat sunat untuk menampung ketidaksempurnaaannya, maka solat aku itu, sudah seperti ada belon-belon udara di tengahnya, kan?
Dan, ikut kata-kata ustazah kepada Ku Kamaruzzaman (Contengan Jalanan)
Jangan sampai kita tidak beribadat kerana takut berlaku riak kepada manusia...Kerana itu tanda kita riak dengan Allah
Ikhlaskah aku..itu biar Allah subhanahuwataala yang ukur. Tapi, aku kira solat aku di surau sahaja Insya Allah menjadi permulaan untuk aku sentiasa mengamalkan solat sunat ini. Semoga Allah kuatkan keazaman aku, supaya aku istiqamah dalam beribadah =)
Fake it, till you make it ~ Hlovate
Mungkin sekarang sekadar di surau, tapi minta suatu hari nanti, sentiasa, setiap hari, di mana jua. Insya Allah. Doakan aku.
NIAT SOLAT RAWATIB
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala.
Hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.
No comments:
Post a Comment