Tuesday, August 9, 2011

Diari Ramadhan #3 : Memasak untuk Makan

Walau bulan Ramadhan adalah bulan PUASA, ia juga adalah satu bulan di mana aktiviti makan-makan menjadi sangat rancak. Yang suka masak, memasaklah. Yang suka tunjuk-tunjuk, tunjuklah. Haha. Dan di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku dengan sepuluh jari mencuri peluang untuk mempelajari/mencuba/me-eksperimentasi resipi-resipi kegemaran. Chewah, ayat mahu kencang.

Alkisahnya semalam, tercatatlah sejarah membuat lasagna bolognese sendiri. Yay. Ini semua hasil dorongan Asliza Ahmad sebab dia bangga dengan lasagna dia, maka aku dengan jelesnye sekali menyahut cabaran untuk mencuba. Hahaha. Walau hakikat sebenar, hanyalah membeli sekotak instant Lasagna San Remo, dan hanya menggunakan resepi yang tertera di belakang kotak. Lepas dah masak, dah rasa, dengan riaknya aku canaikan pada umat-umat bahawa lasagna aku sedap (memuji diri sendiri adalah sangat cool), ada lah pulak yang minta resepi. Segang segang. Tapi aku coretkan juga sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Lasagna versi aku.
A-Sos
Bahan-Bahan:
Daging kisar
Cendawan butang
Sayur (lobak merah/seleri)
Buah tomato
Sos tomato
Oregano
Garam
Bawang besar
Cil kering yang direndam air panas, dan dikisar bersama bawang putih dan sedkit bawang merah

Cara-cara:
Tumis cili kering (+etc) sampai masak. Masukkan sos tomato. Masukkan buah tomato, daging dan tambah sedikit air. Masukkan sayur yang mengambil masa untuk masak (lobak merah). Masak sehingga daging itu empuk, dan sayur itu lembut. Masukkan cendawan dan bahan-bahan lain. Tambahkan garam secukup rasa dan oregano.

Aku buat macam masak Bolognese, cuma kurang air/masak sehingga sedikit kering.

B-Sos Krim (ikut resepi belakang kotak)
Bahan-bahan:
Mentega, tepung, susu (pakai susu cair), keju (mozarella).
Cara-cara:
Cairkan mentega (2 sudu), masukkan tepung (2 sudu) dan alihkan dari dapur, masukan susu (2 cawan) dan keju. Letakkan kembali di atas dapur. Kacau sehingga likat.

Kat atas tuh nampak gelap sebab macam terlebih masak sebab malas nak tengok dalam oven, sampailah timer tuh berbunyi Ding. Eh overcooked. Takpe, mesti sedap. h

Susun.
Semalam guna Instant Lasagna brand San Remo yang "No pre-cooking required". Tapi kalau pakai yang macam ini, mungkin mana-mana part yang tak ditutup dengan sos akan jadi kering. Mungkin boleh cuba yang biasa (yang harus direndam air panas dulu, mungkin lebih lembut). Susun kepingan lasagna, lapiskan dengan sos dan sos krim. Letak lagi kepingan lasagna dan ulang sampai lah memuaskan hati. Atas sekali taburkan cheese sesuka hati. Lagi banyak, lagi gembira.

Yang silap semalam, sebab malas nak bukak tin susu cair lain, sos krim tu jadi sikit je. Jadi, lasagna tu kurang "cheesy", kurang berkrim, dan kurang muak. And the tricky part when cooking while fasting, is how much salt to put. Semalam memang memasak dengan kata hati (chett). Tu yang happy sangat bila rasa sedap. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Nanti mahu cuba lagi =)

No comments: