Monday, July 11, 2011

Heart out loud

Ada banyak benda yang tak kena selepas seminggu kini pulang dari Bangkok. Maybe caused by the time of the month. Tapi memang salah timing la lu nak cari gaduh sama wa masa ni

chett ayat nak gangster, tapi bila da berdepan macam tikus mencicit lari. Hapsah o hapsah...

Bahang je rase dalam hati, sumpah menyumpah je kat mulut. Mama tak ajar Adik jadi kurang ajar dengan orang. Mama pantang kalau anak-anak dia sumpah-menyumpah kat Teratak. Tapi seminggu ni iman Adik memang lemah, sumpah tak seranah memang keluar luncur dari mulut bagai naik tuk-tuk menuju Chatuchak di bandar Bangkok *kaitan?

Al kisahnya......adalah. Tapi hal yang berlaku betul membuat anak ke sembilan En Wan Zakaria marah merah dalam hati. Sesungguhnya sifat amarah itu senjata syaitan. Malangnya Adik yang montel telah kalah dan kekal sumpah menyumpah. Dah tengah malam dan sejuk baru rasa sesal; tak baik buat orang macam tu. Mama tak ajar Adik peragai macam tu.

Tapi tak cukup 24 jam dia da buat balik da. Hati yang padam pon jadi marak balik. Ni yang bikin gua hot ni.

Tapi memanglah hakikat yang tak dapat disangkal, bahawa Allah menyayangi hamba-hambanya. Tengah hot-hot bagai nak perang bagai, terbaca status Ustaz Zaharuddin
You don't have to win every argument, agree to disagree, just be fully aware that you are still in this temporary world, so be calm & wise when dealing with 'earthlings' on earth ..:) as this is not the Heaven.
pap kena sebijik atas batang hidung yang tak mancung
Tak payah nak debat sangat. Mungkin ada solusi yang lebih baik yang seorang Hapsah belum nampak sebab asyik dok hot hot aje. Konklusi di malam hari-orang yang mempunyai sifat sabar secara infiniti mempunyai harta yang lebih berharta dari selombong emas. cheh. Dan akulah orang yang tak punya itu. Benda yang sedang berlaku ni satu cabaran. Terserah pada kami bagaimana nak selesaikan .
Ye lah sangat, Kalau berlanjutan, dua tiga Gunung Santubong aku umpatkan. Konon nak cari solusi. cis

No comments: