Thursday, February 24, 2011

Ekspedisi Mencari Murni

yang gagal

Kepopularannya dicanang-canang. Walaubagaimanapun, kami tak pernah merasa dan merasa agak ketinggalan. Apakan daya, kami tiada kenderaan. Haha. Dan nak dijadikan cerita, minggu lepas Che Yah konon-konon nak panaskan kereta (selepas 5 hari tidak dihidupkan). Alang-alang nak hidupkan enjin....

Dah alang-alang...

Jom cari Murni. Berpandukan arah oleh 2 orang yang berpengalaman -Wawa & Wani- jam 8.30 kami keluar memulakan ekspedisi. Sampainya di sana, tup-tup Murni SS2 TUTUP untuk renovation

Tettttttt (Macam dah terbaca di FB, tp tak terfikir pula yang kami tuju itulah yang sedang di renovate. Dan nak dijadikan cerita Wawa & Wani sebenarnya berpengalaman ke dua Murni yang berbeza. hahah)

Dan sesudahnya kami buat mesyuarat depan Jaya One. Destinasi baru perlu dicari. Pilihan-William (maaf daku tidak tahu di mana) -Riang-Riang (agak sedih sebab dekat dengan rumah) -Ali Cafe (tak sepesel dowwwwwh)

Akhirnya, ke Ali Cafe juga kami tuju. Sedih tak sedih, makan adalah harus sebab kami lapar. Rating - 2 1/2. Sebab mee-mee yang kami pesan kurang rasa. Sup tulang Wawa masin. Mee Bandung Sa rasa sos. Hailam aku tawar. Tapi Nasi Goreng Ayam Wani dan Nasi Goreng Daging Merah Che Yah sedap.



p/s: Siapa mahu membiayai satu kamera kompak untuk saya :'(

1 comment:

Wan Nor Adibah said...

sabar hingga july at least.