Monday, August 19, 2013

Chermin

Read: Mirrors

Aku sangat suka lagu Mirrors. Sebab? Aku sangat suka JT. Nothing new (sambil menyanyi bye bye bye berulang kali)

Bagi aku lagu Mirrors adalah lagu cinta sepanjang cerita. Remind me to my parents and their parents and their parents. Cerita cinta sepanjang hayat. Macam VC dia. Tapi lagu ni berkisar cinta at the verge of separation and he is telling all the reasons why they should not.

Itu persepsi aku lah. Dengan kemahiran berbahasa inggeris yang limited ni.

Just know that I'm always parallel on the other side
Sepatah lirik dari lagu Sakeena-Outlandish berbunyi  "we are two matching calligraphy lines.
Sepasang tak perlu sama, tapi harus sehaluan. Kalau bergaris perpendicular to each other, mahu hidup jadi lintang pukang. Maka bila mencari, cari yang sehaluan, yang parallel on the other side. 

'Cause with your hand in my hand and a pocket full of soul
I can tell you there's no place we couldn't go
Someone that make you stronger. That get you to your dreams. 

I'm looking right at the other half of me
Rusuk yang hilang? 

The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
My favourite part of the lyrics. To complete a puzzle.

It's like you're my mirror
My mirror staring back at me

I think one of the most important characteristic in a spouse is that to become reflections of each other. Sebab kita tak nampak kekurangan sendiri, maka kita kena lihat refleksi dari orang lain. 

I couldn't get any bigger
With anyone else beside of me
And now it's clear as this promise
That we're making two reflections into one
'Cause it's like you're my mirror

Then, to complete each other.

Girl you're my reflection, all I see is you
My reflection, in everything I do

*melts*
Bukankah keluarga itu hasil didikan ketua dan penolongnya ? Macam mana sebuah keluarga tertakluk pada macam mana si ibu dan ayahnya. Cemerlang ibu dan bapa, cemerlang lah keluarga.

Two matching calligraphy lines ;)

Ini terjemahan peribadi. Oh yes I am hopeless romantic at heart. Haha. Bottom-line, I love JT and his works. Leulz

Saturday, August 17, 2013

Berkorban apa sahaja ?!

Pernahkah anda mendengar ayat ayat seperti...
1) Dulu masa kau kecik kecik akulah yang tukarkan lampin
2) Untunglah budak zaman sekarang, zaman aku dahulu (insert things here)
3) Ah kau, anak bongsu, manja

...dan seangkatan dengannya.

I have ten siblings. We often divide ourselves by 2. The first five and the later five. Out of ten, 6 are married. Which left four youngest and single. We called ourselves the Bujangans.

During busy times like Raya and Kenduri, most of house chores are left to us. Most, not all. Well, mothers and wives have bigger responsibilities. They have babies to feed, toddlers running around, husbands to attend and all other important jobs to do.

Maka kami yang bujang bujang lah acap kali bersengkang mata, mengemas, gantung langsir, basuh tangga, siapkan meja, hidang makanan, kemas balik meja, kemas rumah dua tiga kali sebab anak buah main kedai kopi guna polisterin yang diceraikan. Penat sebenarnya kalau nak diikutkan badan.

Tapi masihkah kau ingat...

Sebelum aku cukup besar nak buat semua kerja ni, kakak kakak (yang masih bujang waktu tu) lah yang buat semua ini. Mungkin masa tu ahli keluarga kurang sedikit, tapi itu tidak membezakan nilai bakti kami. Mereka waktu itu terpaksa berhempas pulas dengan kerja rumah dan adik adik degil seperti aku.
Maka tatkala mahu merengus dan merungut penat, ingatlah, sudah sampai waktu, tugas kini beralih ke bahu aku.

Dan sambungannnya, kalau mahu dirungutkan penat, dan diungkit pada anak anak buah.. dulu wea ha la yang (isi tempat kosong), siapa tahu pada masa depan merekalah yang akan mengambil alih tugas, membantu aku.
Dan siapa tahu masa aku tengah pantang beranak nanti kakak kakak yang 'first five' yang ambil balik tugas ni sebab waktu tu 'last five' baru nak ada nak kecik dok menangis berlagu lagu, tapi anak anak 'first five' dah besar dan umi mereka boleh meluangkan lebih banyak masa di dapur.

Jadi, kalau difikirkan... kalau lah, tak siapa patut merungut, sebab Allah Maha Adil. Kita semua tahu bahawa semua ini bagaikan kitaran. Itu waktu mereka berkorban, dan sekarang giliran aku pula. Jangan merungut sebab siapa tahu esok lusa giliran kita pula dibantu. Paling tidak pun, ganjaran paling kan di syurga kelak.

Dan tatkala rasa bengkek melihat untungnya orang zaman sekarang and start with one of the 'untunglah' series, BEHOLD. Ingat ini zaman mereka, kita punya kan dah lepas, ataupun akan datang. Jangan nak bengkek lah *flips hair*

Thursday, August 1, 2013

Sepuluh terakhir

Orang lain lari makin laju,
tapi aku, terduduk, terhenti.

Pffffft.

*nanges*

Tuesday, July 30, 2013

Verily, After Hardship Comes Relief

http://muslimmatters.org/2013/07/29/verily-after-hardship-comes-relief/?utm_source=feedburner&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+Muslimmatters+%28MuslimMatters+Posts%29

tak boleh nak hadam cerita ni, sebab tak pernah merasa how hopeless it is to not to have any food, and there's no way to actually obtain some

hanya mampu menunggu

Travelling with few ringgits in the pocket already made me uneasy, and inferior.
What if... bas rosak tengah jalan, lapar tetibe, fon hilang, -semua nak pakai duit. Kan? kalau berjalan duit ada sikit je kat tangan mesti tak senang hati.
Dalam kisah ni, makanan, takde lansung, takde cara nak dapatkan makanan. Air bersih pun tak de. Kurma dipotong kecik untuk berbuka.

Cerpen, ye lah. Tapi sebenarnya satu realiti kat mane mane tempat yang kita tak tahu.

Tak boleh nak hadam sebab sentiasa hidup dalam keadaan selesa.
Even salah satu hikmah berpuasa-mendalami dan menghayati kesusahan mereka yang tidak mampu, tapi dalam keadaan beriftar dan bersahur sekarang, serba mewah pelbagai juadah, tak mampu nak hayati hikmah puasa yang satu ni.

Allah...Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur.

Sunday, July 28, 2013

baik

Macam mana nak jadi baik.

Soalan cepumas yang aku sendiri masih mencari jawapan.

Orang yang bertanya dan aku, mempunyai konflik diri yang lebih kurang. Nak diceritakan, insyaAllah, sebelum ni kami dua dua 'practicing muslim'. Ye lah kalau dengar cerita hijrah orang, ada yang tak pernah solat, yang tidak menutup aurat etc. Dan dijadikan cerita, aku dan sahabat ni, boleh dikatakan 'practicing muslim' sebab -pernah sekolah agama, sembahyang cukup, tutup aurat, puasa, kadang kadang puasa sunat, baca alquran dan sebagainya.
Behold!
Tapi masalah bermula bila, kami kami ni, mula merasakan selesa. Bagaikan baik sungguh dan lansung tiada inisiatif untuk tambah ilmu, dan kekal di takuk lama. Antara masalah yang aku perasan dengan orang yang dilahirkan sebagai Islam, kita aku bagaikan selesa. Alhamdulillah ibu bapa memang menerapkan pendidikan Islam yang adequate sejak kecil. Didik itu dan ini. Sudahnya, aku membesar dengan satu perasaan yang, aku ISLAM.

"Islam means submission to the will of God and obedience to His law."

Tapi bila dah makin besar baru mula belajar yang bahawasanya, aku tak tahu (tak mendalami) maksud Islam tu yang sebenar.
Dan memenuhi hak perkataan itu, sangat jauh.
Mungkin ini yang dikatakan tentang "shadatul haq" dalam Anthem tu. Tak habis belajar lagi.

Truth be told, aku sentiasa meletakkan diri sebagai watak putih, bukan watak hitam. 
Bagaikan, Alhamdulillah, I'm good. Taklah perasan sampai I'm the best, tapi sentiasa ada satu perasaan yang "this is okay", "I don't need more", "orang lain perlu belajar" etc.

The path of those upon whom Thou hast bestowed favors. Not (the path) of those upon whom Thy wrath is brought down, nor of those who go astray. [1:7]

Dimana aku? Golongan manakah aku?

Kata Aiman Azlan, 
Being a good Muslim is not a destination, it is a journey. The journey ends when you take your last breath.

Maka barang siapa yang mempunyai perasaan "I'm good", sesungguhnya mereka hidup dalam satu penipuan. It's a journey. Everyone has to keep on moving.

Berbalik pada cerita tentang seorang sahabat,
bila ditanya pada saya soalan, "Macam mana nak jadi baik?", sesungguhnya aku tiada jawapan, dan masih jauh dari mampu untuk mengarang jawapan. Tapi rasa terdetik untuk berubah ini adalah satu nikmat. Tak boleh disia siakan. Mana mungkin aku menjawab "entah, tanya orang lain". Tak baik gitew. Maka perkongsian dari aku, ISLAM.
Cuba faham, dan memenuhi hak nya. Sedar! Yang kita dalam satu perjalanan, yang jauh lagi destinasi. 
Adakah kita meluangkan setiap masa kita lillahi taa'la?
Macam mana pula kisah hati? Ikhlas kah kita?
There's always room for improvement before you reach perfection ---> harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sebagai seorang muslim.

Kan?

May Allah preserve our iman, and keep us as one of those on the path that have bestowed favors.

Tuesday, July 23, 2013

Tazkiraat

Tazkirah = peringatan.

I don't know how these tazkirah session can be more effective.
The nearby surau have tazkirah session on every night, after the second salam of terawih.
Unfortunately, 60% of the jemaah would left the surau once the second salam was over. Wallahua'lam what happened to the other four rakaahs of their terawih.
Then, for those who stayed, I bet only 10% did listen attentively, and I wasn't included in the 10%.
Why?
The very bad PA system and noise of kids playing mercun was really distracting. I can hardly listen to the tazkirah. Only bits here and there that I can't understand the real context. It took every ounce of iman to actually stay and wait to pray the remaining four rakaahs of terawih in congregation.
And, the when the ustaz decided to give a full-length ceramah instead of short tazkirah, it made me wonder "should I leave now" for every ten minutes.
By the time we reached our home tonight, it was already 10.50pm, and we didn't even wait for the tahlil.
I do understand that mothers that left their kids at home and have to wake up for sahur, those who left work late, students that have morning classes would appreciate of the prayer little earlier.
I would prefer the tazkirah to be held before terawih prayer start, right after isha' prayer because that would keep more jemaah around, and keep the tazkirah short and meaningful, so that the jemaah will listen to attentively.
May Allah preserve our iman, and make us one of those strive for knowledge. Insha Allah .

Friday, July 19, 2013

BABI

Saya ada seorang kawan, namanya Kenneth. Seorang rakyat Malaysia, berasal dari Penang, seorang Cina dan menganut agama Buddha.

Aku: Ken you nak makan ape?
Ken: pork ada
Aku: hish betul betulah, nak makan ape, ini kedai sate
Ken: pork?
*mata mencerlung*
Ken: mee goreng mamak la satu

Ken meminta pork di mana sahaja adalah satu jenaka, yang aku dan semua rakan sekelas sudah faham dan lansung tidak terasa. Kenapa? Sebab kami tahu Ken jugalah orang yang menolong Dayah mem’filter’ makanan sama ada halal atau haram sewaktu mereka bersama sama di Taiwan. Ken jugalah yang akan bawa/ikut Dayah ke restoran vegetarian walaupun hakikatnya dia boleh makan apa sahaja tapi sebab menghormati agama Dayah, dia tolong.
Maka, jenaka itu kami faham.

“hish, senyaplah, *sambil mata memandang sekeliling” kerap kali ini reaksi aku kalau Ken berjenaka begitu. Kenapa? Sebab orang di sekeliling tidak memahami.

That someone next door may flip his table and shout “itu biadaaap”

Telah saya, Ken memang suka berjenaka begitu, sebab pork/babi/swine/pig dan banyak lagi adalah satu perkataan/perkara yang sangat ‘taboo’ dalam masyarakat kita.
Makin alergi, makin gemar dia menyakat. 

Bagaikan haram untuk meletak nama seseorang dan babi dalam ayat yang sama.
“Hari ini Ali ke zoo, dan antara haiwan yang Ali lihat ialah ba…” “ALI TAK BAIK SEBUT BENDA TU”

Maka lahirlah BAB1. Cik BAB, kerbau pendek dan sebagainya.

Dan, paling dasyat, babi adalah satu perkataan cacian.



Dan tiba tiba pork bak kut the haram dilihat walhal mereka yang tidak menutup aurat, yang ternyata haram dilihat, dibiarkan begitu sahaja.

I’m not talking about the recent uproar of a ‘picture’, but I’m talking about the reaction.

For the record, I do think it is disrespectful, 
One day when I was in Hong Kong, one of the artisan was munching on something. I greeted him, “Hi Panko” He saw me and scurried towards the back of the workshop. Why? Because he is eating the sliced pork. There is absolutely nothing wrong about him eating pork in his own workplace, but I am deeply touched with his sensitivity that he did not eat something that is prohibited for me right in front of my face.

Second example was, one day, the boss treat everyone with tea-time snack. Jacky put few foods in front of us. “you can eat all of these, this is fishball, some potato and coleslaw and this is…oh no” because it was a pork burger. Then he rushes to take away the burger.

Bunch of nice people ^^


“…Kadang kala yang kita fobia atau alergik pada perkara yang salah”- http://revertedmuslim.blogspot.com/2013/07/berbuka-puasa-dengan-bak-kut-teh.html

Jangan sampai alergi dengan babi sehingga tak reti nak samak kalau kalau tersentuh.